
Bahan-bahan
* 2 cawan daging cincang
* 1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
* 1 labu bawang besar-saiz kecil
* 2 ulas bawang putih
* 1 biji telur
* 1 sudu besar worcestershire sauce
* garam dan gula secukupnya
Cara membuat
1. Gaul semua bahan-bahan di atas kecuali telur.
2. Pukul telur sekejap. Masukkan sikit demi sedikit. Sesudah boleh dibentuk, berhenti dari masukkan telur.
3. Ambil sedikit dan buat bentuk bulat. Kemudian leper atau nipiskan dan buat sampai habis
4. Kemudian boleh digoreng.
5. Bagi mendapatkan bentuk yang lebih nipis sila simpan terlebih dahulu di dalam peti sejuk dan setelah itu potonglah nipis-nipis.
Labels: Burger Daging, Food