<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2440053071688489892\x26blogName\x3dDelicate+World+Of+Ainee\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://aineeatika.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aineeatika.blogspot.com/\x26vt\x3d5242719610109815128', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Delicate World Of Ainee






Bahan-bahan

* 2 cawan daging cincang
* 1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
* 1 labu bawang besar-saiz kecil
* 2 ulas bawang putih
* 1 biji telur
* 1 sudu besar worcestershire sauce
* garam dan gula secukupnya

Cara membuat

1. Gaul semua bahan-bahan di atas kecuali telur.
2. Pukul telur sekejap. Masukkan sikit demi sedikit. Sesudah boleh dibentuk, berhenti dari masukkan telur.
3. Ambil sedikit dan buat bentuk bulat. Kemudian leper atau nipiskan dan buat sampai habis
4. Kemudian boleh digoreng.
5. Bagi mendapatkan bentuk yang lebih nipis sila simpan terlebih dahulu di dalam peti sejuk dan setelah itu potonglah nipis-nipis.

Labels: ,



ABC Mangga

Bahan-Bahan:
200 gm mangga masak
500 ml air masak
50 ml susu skim
100 gm kacang merah yang telah direbus
50 gm kismis atau sulatanas

Cara membuat:
Masukkan isi mangga, susu skim dan air ke dalam pengisar dan putar hingga hancur. Sejukkan di dalam peti sejuk. Semasa menghidang, isikan satu sudu kacang merah dan satu sudu kismis dalam setiap gelas (4 gelas). Tuangkan air mangga sama banyak ke dalam setiap gelas.

Labels: , ,

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Labels: ,

First day puasa lagi saya dah ingat nak bagi kad raya pada kawan-kawan dan sepupu-sepupu tapi baru semalam pergi kedai beli kad raya...niat di hati nak bagi pada semua yang mengenali diri ini tapi ada yang dah lama tak contact dan tak tahu alamat. So, bagi pada orang-orang yang tertentu je...Lagipun nak jimat kos...Nanti hari Isnin nak poskan semuanya, tak tahulah sempat ke tidak sampai pada diorang... :) Pada saya, saya masih lagi mengamalkan beri kad raya walaupun sekarang ni kita boleh hantar kad raya guna internet ataupun sms. Tapi saya lebih suka dengan cara hantar kad raya secara manual sebab kad raya dapat dipegang dan disimpan lama...jadi kenangan tu ada... :) Cuma kalau di internet dan sms, lebih mudah dan pantas...Apa saja cara pun boleh, asalkan kita mengekalkan kemesraan di antara kita menjelang Hari Raya ini...

Labels: ,

Ikan Masak Tumis ni memang sedap dan berkuah agak pedas...memang sedap dimakan lebih-lebih lagi time puasa ni... :)

Labels: ,

Chocolate Chip dan Coklat Hati( unfinished job )






Ini biskut Chocolate Chip yang first time buat... :)





Labels: ,

Hari ni pun dah masuk hari yang ke-12 kita berpuasa...Selama beberapa hari ni saya tak aktif menulis post kerana tidak ada kesempatan. Minggu lepas saya ada membuat kuih raya iaitu biskut Coklat Hati, tapi tak dapat disempurnakan sehingga habis sebab chocolate cooking yang saya cairkan tu tak menjadi. Jadi tak dapat la celup kat biskut tu...Takpe, lain kali nak beli brand yang selalu beli dan nak buat biskut tu lagi lain kali. Semalam, saya buat biskut. Setelah beberapa hari tak tahu resepi mana yang betul untuk buat Chocolate Chip dan rasa malas, akhirnya, semalam buat kuih. Hmm, try resepi kat majalah dan nasib baik resepi tu menjadi...yey! Ini first time saya buat Chocolate Chip dan rasa happy sangat sebab jadi...:) Dapatlah 4 botol semuanya...hehe. Nantilah saya postkan gambar biskut-biskut tu...

Labels: ,




© 2009 Delicate World Of Ainee |

website stats