<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/2440053071688489892?origin\x3dhttp://aineeatika.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Delicate World Of Ainee




First day puasa lagi saya dah ingat nak bagi kad raya pada kawan-kawan dan sepupu-sepupu tapi baru semalam pergi kedai beli kad raya...niat di hati nak bagi pada semua yang mengenali diri ini tapi ada yang dah lama tak contact dan tak tahu alamat. So, bagi pada orang-orang yang tertentu je...Lagipun nak jimat kos...Nanti hari Isnin nak poskan semuanya, tak tahulah sempat ke tidak sampai pada diorang... :) Pada saya, saya masih lagi mengamalkan beri kad raya walaupun sekarang ni kita boleh hantar kad raya guna internet ataupun sms. Tapi saya lebih suka dengan cara hantar kad raya secara manual sebab kad raya dapat dipegang dan disimpan lama...jadi kenangan tu ada... :) Cuma kalau di internet dan sms, lebih mudah dan pantas...Apa saja cara pun boleh, asalkan kita mengekalkan kemesraan di antara kita menjelang Hari Raya ini...

Labels: ,

Hari ni pun dah masuk hari yang ke-12 kita berpuasa...Selama beberapa hari ni saya tak aktif menulis post kerana tidak ada kesempatan. Minggu lepas saya ada membuat kuih raya iaitu biskut Coklat Hati, tapi tak dapat disempurnakan sehingga habis sebab chocolate cooking yang saya cairkan tu tak menjadi. Jadi tak dapat la celup kat biskut tu...Takpe, lain kali nak beli brand yang selalu beli dan nak buat biskut tu lagi lain kali. Semalam, saya buat biskut. Setelah beberapa hari tak tahu resepi mana yang betul untuk buat Chocolate Chip dan rasa malas, akhirnya, semalam buat kuih. Hmm, try resepi kat majalah dan nasib baik resepi tu menjadi...yey! Ini first time saya buat Chocolate Chip dan rasa happy sangat sebab jadi...:) Dapatlah 4 botol semuanya...hehe. Nantilah saya postkan gambar biskut-biskut tu...

Labels: ,

Masa minggu pertama dah ready nak buat kuih raya, bersemangat waja la katakan...hehe. Pergi shopping barang-barang untuk buat kuih...Banyak jugak benda nak beli, penuh trolley...Saya plan nak buat 4 atau 5 jenis biskut tahun ni, kuih tradisional ( kalau dapat ) dan kek....

Labels: ,

The beginning of Ramadhan, the holiest month in the Islamic calendar. During Ramadhan, Muslims refrain from eating, drinking, smoking and sex from dawn to dusk. To all bloggers:
May Allah look favorably upon your fasting and answer your prayers. Have a blessed Ramadhan...:)

Labels: ,


Hari ni 31 Ogos, Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-51. Awal pagi lagi dah ada siaran langsung perarakan dekat Dataran Merdeka. Malam tadi countdown merdeka, takde le keluar rumah nak celebrate. Just duduk rumah and tengok tv. Kat TV2 ada concert Ambang Merdeka dari KLCC secara live, jadi apa lagi layan la...Ramai artis nyanyi; ada Melayu, Cina dan India. Diaorang nyanyi lagu-lagu patriotrik selain daripada lagu-lagu diaorang sendiri. Memang best la...Bercakap pasal patriotrik ni, kita sebagai rakyat Malaysia mesti ada semangat patriotisme di dalam diri masing-masing. Kita pun kena ingat yang kita ni dah bebas daripada penjajah dan merdeka sehingga ke hari ini. Nenek saya dulu selalu cerita susah payah kehidupan masa Jepun menjajah dulu. Nak makan pun susah, hidup pun asyik dalam ketakutan. Kalau tak dapat beras, makan ubi kayu je...Kita ni sekarang, nak makan apa pun boleh...pendek kata, ada duit semua boleh jadi...Negara kita pun dah maju dan setanding dengan negara luar. Kita tak patut lalai dengan perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah macam terlibat dalam gejala sosial, hiburan yang terlampau ataupun suasana politik yang tidak stabil. Ini semua kita kena jaga sangat sebab takut kalau kita terlalai, pihak luar yang sentiasa memerhati akan mengambil kesempatan di atas kelemahan kita...Takkan kita nak terjajah lagi...Kita tak nak sejarah berulang kembali... Selama 51 tahun ni kita hidup dengan aman dan selesa dan memperoleh rezeki daripada bumi yang bertuah ini...Memang seronok hidup kat Malaysia dengan berbilang kaumnya hidup dalam keadaan yang harmoni. Kan bagus kita berbaik-baik di antara kita dan elakkan pergaduhan...Make peace, not war....I love Malaysia!

Labels: ,

Masa hari Rabu yang lepas tengok cerita Bersamamu kat TV3. Tentang kisah hidup sebuah keluarga di Terengganu. Si suami normal, sihat tubuh badan tapi si isteri dan anak-anak OKU, menghidapi sejenis penyakit saraf yang menyebabkan kecacatan di kaki. Si suami mencari nafkah manakala si isteri menjalankan tanggungjawab sebagai seorang surirumah. Si isterilah yang memasak, memandikan anak-anak dan memberi mereka makan dan minum dengan bantuan seorang daripada anak mereka yang normal. Kehidupan mereka susah disebabkan kemiskinan dan keadaan mereka yang tidak mengizinkan. Pihak TV3 dan kerajaan Terengganu pun menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut dari segi kewangan dan latihan fisioterapi. Kata-kata si ibu tersebut amat meyentuh hati saya iaitu dia berkata bahawa kesusahan dari segi ketidakupayaan yang dialaminya dan anak-anak adalah daripada Allah. Allah nak menduga kita dari segi keimanan, kuat ke tidak... Mungkin masa di dunia mereka macam ni, tapi kat akhirat nanti Allah saja yang tahu.. Bagi saya, memang tak de siapa yang hendak keadaan yang sebegitu, memang semua orang nak sihat normal,tapi semuanya Allah yang tentukan...kita sebagai hamba kena menerima segala pemberianNya dengan hati yang redha...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersabar dan hidup ini memang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Labels: ,




© 2009 Delicate World Of Ainee |

website stats